STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN

EJEN DAN STOKIS CLELF DIPERLUKAN

EJEN DIPERLUKAN

WELCOME

Selamat Datang!! sembur sembur sembuh..Inshaa Allah..

Celebrity Lass adalah satu produk yang mampu hilangkan bau badan sepantas 3 saat dan kekal tidak berbau selama 24 jam. marshafarina2@gmail.com

Happy Shoppin.

~(^_^)~

Wednesday 31 August 2011

MERDEKA RAYA

Tahun ni kita beruntung sebab raya dan merdeka pada bulan yang sama... Dekat-dekat lak tu... Raya 30 Ogos then Merdeka 31 Ogos...merdeka jatuh pada 2 syawal so seperti biasa agak bz dgn tetamu yg hadir. Di kampong halaman ku masih lagi mengekalkan amalan baraan di hari raya..dan utk tahun ini mereka memilih rumah ku tempat semua berkumpul…….hehehe.

suasana baraan..............................













Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Tanggal 31, bulan lapan 57... Merdeka merdeka, tetaplah merdeka.. Ia pasti menjadi sejarah. Lalalalala....  
merdekakah kita?
tahukah kita erti kemerdekaan?

Hehehe... Tahun ni kita beruntung sebab sambut raya ngan merdeka pada bulan sama... Semua ini dah ditetapkan.. Cuma atas kita saja macam mana nak meraya dan menyambutnya... Tapi aku rasa ramai yang akan sambut raya daripada sambut merdeka ni... Sebab aku pun macam tu gak...

Merdeka Raya... Raya cuma setahun sekali je... Tapi, merdeka pun setahun sekali gak... Mane lagi penting?? Raya ke merdeka??? Emmm... Korang jawab la sendiri ok...

Aku nak ucapkan "SELAMAT HARI MERDEKA" kepada korang semua yang dah merdeka tu...



Tuesday 30 August 2011

SATU HARI DI HARI RAYA - 1 SYAWAL

                              
Assalamualaikum WBT..


Akhirnya, Syawal menjelma dan Ramadhan pula pergi..Pertama sekali aku nak ucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang untuk merasai hari raya kali ini. Seperti selalu  juga untuk sekian kalinya aku beraya di rumahku sendiri di villa  kayangan.ops bile time aku ada rumah nie aku pn xtau...ahak silap umah family ku....kehkehkeh.


kepada semua.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Selamat hari raya....











MY BIG FAMILY

Friday 26 August 2011

RAYA SEMAKIN DEKAT..HUHUHU

    Syukur alhamdulillah rezeki bulan mulia...............dan syukur jua akhirnya kami mampu menyiapkan smua kerja2 mendobi sebelum hari raya menjelang..

          SEBELUM




Sunday 21 August 2011

BERBUKA POSE 2011

                                     AT De Palma kuala selangor...............heheheheheh.sepanjang bulan ramadhan yg dah hampir ke penghujungnya baru nilah pertama kalinya aku dan fmly g berbuka pose di luar.ahak......bunyi macam xpernah jek kan......apa pn asalkan smua org hapy oklah...:))))))))













Friday 12 August 2011

Syukur

    Syukur Alhamdulillah.......hampir 4 bulan kedai kami beroperasi dan ini juga buat pertama kalinya kami beroperasi di bulan mulia bulan Ramadhan..Walaupn masih baru lagi dalam bisnes dobi ini. Alhamdulillah di atas sambutan yang telah diberikan oleh warga ijok dan kawaasan2 yang sewaktu dengannya.hehehhee....


  SYUKUR...YA ALLAH......syukur ......
  Aku mahu sujud lama pada-Mu,,
  Aku mahu nyatakan terima kasih ku pada-Mu..
  Di atas rezeki yang telah kau berikan......


  dan aku juga berterima kasih yang tak terhingga buat insan yang tersayang kerana dialah yang banyak memberikan kekuatan dan semangat kepada ku tanpa jemu. Dia juga banyak memberikan aku sokongan dan juga sentiasa menyedarkan diriku ini di kala kelalaian.Alhamdulillah kerna Allah menemukan dirinya dgn ku....terima kasih sayang..
  Tidak ku lupa juga kepada smua sahabat2 perjuangan ku sekelian...sahabat2 Persatuan Dobi SeMalaysia yang sentiasa ada dikala aku memerlukan nasihat dan pendapat....juga banyak memberikan tips dan ilmu2 kepada saya dalam terus memberikan service yang terbaik buat pelanggan saya,Terima kasih sahabat ku terutama sekali Puthree Dobi,Profez hafez besi berat,Pusat dobi melia labis dll..................

 



Akhir sekali jutaan terima kasih buat semua pelanggan2 setia kami..pelanggan2 yang percaya dengan service yang kami berikan yang terus menggunakan khidmat kami........tanpa customer siapalah sy...hahahhaa......:)





Thursday 4 August 2011

KEK LAPIS SARAWAK KAMI MENGGUNAKAN BUTTERCUP

Selamat jumaat dan selamat Ramadhan,
UTK MAKLUMAN, KEK LAPIS SARAWAK KAMI MENGGUNAKAN BUTTER JENIS 'BUTTER ...CUP' dlm MEMBUAT KEK LAPIS SARAWAK… TIDAK PERNAH MENGGUNAKAN BUTTER JENIS 'GOLDEN CHURN' YG TIDAK HALAL SEPERTI YG TELAH DISAHKAN PIHAK JAKIM.

CARA PENGHANTARAN KEK LAPIS SARAWAK KE DESTINASI ANDA


  CARA PENGHANTARAN KEK LAPIS SARAWAK KE DESTINASI ANDA
Ramai yang bertanya penghantaran kek lapis di luar Selangor dan kl..bg kawasan Selangor dan kl I delivery ke destinasi anda sementara utk kawasan lain I send by pos ye….Untuk pengetahuan semua kami menggunaka Pos Laju sebagai medium kami untuk menghantarkan kek lapis kepada semua pelanggan kami. Lazimnya pos laju akan mengambil masa dalam 1-3 hari untuk sampai ke destinasi anda…..
Secara am nya kek lapis sarawak kami akan tahan sehingga 1-7 hari atau seminggu jika diletakkan pada suhu biasa iaitu pada suhu bilik.

Cara penjagaan kek lapis sarawak agar tahan lama


Cara penjagaan kek lapis sarawak

Ramai yang bertanya mengenai berapa lama kek kami tahan dan bagaimana cara penjagaannya. Entry pada kali ini kami akan menerangkan serba sedikit maklumat yang perlu anda tahu tentang cara penjagaan kek lapis.

Secara am nya kek kami akan tahan sehingga 1-7 hari atau seminggu jika diletakkan pada suhu biasa iaitu pada suhu bilik. Ini sangat sesuai bagi mereka yang meletakkan kek pada ruang tamu untuk jamuan hari raya kerana ianya boleh tahan sehingga seminggu dan anda tidak perlu kerap kali menyimpan ke dalam peti sejuk.

Untuk penyimpanan yang lebih lama anda boleh meletakkan kek ke dalam freezer dimana pada suhu sejuk yang sangat tinggi. Kini ramai orang memiliki freezer dirumah untuk meletak daging ayam dan lembu atau bahan yang lain. Jika kek diletakkan didalam freezer ini ianya boleh tahan sehingga 1-3 bulan.

Jika anda tidak mempunyai freezer dirumah jika diletakkan didalam peti sejuk dimana tempat anda untuk membekukan air menjadi ais pun sama kek lapis akan tahan selama 1-3 bulan. Kalau boleh pastikan suhunya sentiasa sejuk agar kek lapis dapat disimpan pada suhu yang betul dan bileh tahan lebih lama.

Diharap penerangan kami ini dapat membantu anda menjaga kek lapis agar lebih tahan lama. Jika mempunyai apa-apa persoalan boleh email atau menghubungi kami terus melalui telefon =)