Tips:
Cara Timbang Berat Badan Dengan Betul
1. Timbang
berat dengan penimbang yang sama. Jangan sekejap pergi
Giant timbang dekat Giant, pergi Tesco timbang dekat Tesco. Mesin dekat Giant
& Tesco tu ramai orang yang naik so kita tak tahu ralat nya.
2. Berat yang paling
TEPAT adalah waktu pagi selepas bangun tidur iaitu
selepas keluar dari tandas. So timbanglah selepas bangun tidur (selepas
'melepas' pada waktu pagi)..
3. Timbang secara rutin
dan berkala. Contohnya, hari isnin 7.00 pagi sebelum sarapan anda
timbang dan isnin minggu hadapan anda timbang pada pukul 7.00pagi, juga sebelum
sarapan. Sebenarnya, itulah berat sebenar anda.
4. Jangan
timbang selepas makan atau minum kerana berat akan naik 1 – 2kg.
5. Jangan
timbang waktu period kerana waktu period badan kita akan menyimpan air lebih banyak
dari biasa so kita lebih berat dari normal. Seminggu lepas period baru boleh
timbang berat coz badan dah normal semula dah.
6. Jangan
timbang setiap hari kerana kita tidak boleh melihat perubahan penurunan berat badan
kita. Nanti jadi stress pulak.
7 . Seelok-eloknya
timbanglah seminggu sekali.
No comments:
Post a Comment