Muka putih bersih dan kulit badan mulus namun
masih ramai kaum Hawa yang tidak selesa kerana dibelenggu dengan masalah kesan
hitam di ketiak.
Walaupun kedudukannya sulit dan tersembunyi
tetapi kesan gelap ini mencacatkan penampilan dan membuatkan wanita berasa
rendah diri terutama bagi golongan yang gemar mengenakan pakaian tidak
berlengan.
Wanita yang bertudung tidak terlepas, mereka
tetap merasa tempias masalah tersebut.
Bagi yang berstatus isteri pula, pasti berasa
malu untuk mempersembahkan diri kepada suami.
Jangan terkejut jika selera suami
tiba-tiba mati sebaik sahaja terpandang ketiak anda yang ‘berkarat’. Sebelum
suami, teman-teman atau keluarga membuka mulut menegur kecacatan yang
mengganggu pandangan mereka, lebih baik anda bertindak segera.
Bukan sekadar mencari kaedah rawatan atau
penyelesaian tetapi anda juga mesti mengetahui punca berlakunya masalah ini. Ia
akan membantu anda memahami, mencegah dan mengatasi masalah dengan cara yang
tepat. Usah berlengah lagi, jom cantikkan diri!
Kenal pasti punca ketiak ‘berkarat’
·
Deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara
punca berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang
mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah
kulit seperti merengsa dan sebagainya. Sisa deodoran yang tidak dibersihkan dan
bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria dan menyebabkan ketika
menjadi hitam.
·
Ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya
ketika hamil.
·
Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka
dan meninggalkan parut. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan
juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.
·
Selain itu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal
pasti antara penyebab ketiak menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan baju
membuatkan bahagian ini tidak selesa.
Cara mengatasi
1. Mandi dengan
sempurna dan gunakan sabun khas bagi membantu menghilangkan kesan gelap.
Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli sebarang produk termasuk sabun.
2. Kenakan pakaian
yang longgar dan menyerap peluh. Ia memberi ruang pengudaraan kepada tubuh.
3. Gunakan bedak
anti bakteria di bahagian bawah lengan selepas mandi. Bedak ini dikatakan dapat
mengurangkan peluh.
4. Disarankan
melakukan rawatan wax berbanding mencukur kerana ia lebih selamat dan tidak
membuatkan kulit di bahagian ketiak gelap.
5. Jika masih
memilih kaedah bercukur, pastikan alat cukur bersih dan pisau cukur tidak
berkarat.
6. Sental tubuh
dengan skrub khas bagi menanggalkan sel mati dan menghilangkan daki serta
parut.
7. Elakkan
menyembur minyak wangi di bawah ketiak, perbuatan ini menggalakkan pembiakan
bakteria apabila peluh bercampur dengan pewangi.
8. Pilih deodoran
yang mengandungi unsur mineral seperti kristal, ia sesuai untuk golongan
berkulit sensitif.
Petua tradisional
Limau + kapur sirih
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan
sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit
sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.
Buah betik
Parut buah betik yang hampir masak sehingga
halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama
beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati
dengan hasilnya.
Sirih + beras
Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian
tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi
dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan
beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha.
Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah
dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda
halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.
Cara termudah untuk memutihkan ketiak hitam adalah dengan menggunakan celebritylass secara konsisten…
No comments:
Post a Comment