MENGHILANGKAN BAU
KETIAK DI BAJU
Ketiak
merupakan kawasan bawah lengan atas yang bersambungan dengan bahagian bahu pada
kedua-dua bahagian tangan. Ketiak ini kelihatan tersorok, namun masalahnya
boleh membimbangkan setiap individu iaitu masalah bau badan dan ketiak. Masalah
bau badan sememangnya tidak menyenangkan dan boleh dipengaruhi oleh diet,
pemakaian, ubat-ubatan dan pekerjaan.
Penyebab
1. Asid Propionate - Asid propionate
atau lebih dikenali dengan nama asid propionate yang mengandungi bau masam
seperti cuka. Asid jenis propionate ini merupakan hasil uraian keringat daripada
propionibacteria.
2. Asid Isovalerik – Asid Isovalerik merupakan
asid yang dihasilkan oleh bakteria staphyloccus epidermis yang menyebarkan bau
badan yang tidak menyenangkan seperti bau keju.
3. Kelenjar Peluh – Terdapat dua jenis kelenjar
peluh yang mendorong kepada masalah bau badan iaitu kelenjar ekrin dan apokrin.
Kelenjar ekrin mengeluarkan peluh yang sebahagian besarnya mengandungi air dan
garam. Manakala kelenjar apokrin merembeskan perluh yang mengandungi lemak,
protein dan karbohidrat.
4. Alkohol – Sebahagian besar alkohol akan
diproses oleh hati, namun hanya sekitar 10% akan dirembeskan melalui peluh,
nafas dan urin. Alkohol juga membuatkan anda lebih kerap dan banyak berpeluh.
Minuman yang megandungi kafein juga boleh menyebabkan hal yang sama.
5. Perubahan Hormon – Perubahan hormon biasanya
terjadi kepada seseorang ketika memasuki usia remaja terutamanya hormon
androgen.
6. Makanan – Makanan adalah salah satu faktor
penyebab munculnya masalah bau badan. Terlalu banyak pengambilan serat boleh
menimbulkan bau badan. Makanan pedas juga boleh menjadi penyebab seperti
makanan dengan bau lain seperti jering. Anda hendaklah menghindar daripada
pengambilan makanan yang menyebabkan bau badan.
7. Bawang putih – Bawang putih boleh menyumbang
kepada bau badan kerana mengandungi allicin dan disenyawakan apabila bawang
dipotong atau dihancurkan. Bahan ini juga memiliki aroma yang kuat sehingga
menghasilkan gas sulfur yang diserap darah dan dilepaskan melalui pori-pori
kulit anda. Keadaan inilah yang menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan.
8. Daging – Satu kajian di Praha menunjukkan
bahawa penggemar daging akan memiliki bau badan yang tidak menyenangkan
berbanding penggemar vegetarian. Hal ini kerana sistem pencernaan memerlukan
waktu yang agak lama untuk memproses daging. Sekiranya makanan tersebut akan
menimbulkan bau busuk di dalam pencernaan. Bau busuk dalam pencernaan juga
menyebabkan timbulnya bau badan yang tidak enak.
9. Penyakit – Penyakit juga boleh menyebabkan
masalah bau badan. Salah satu penyakit yang mendatangkan masalah bau badan
ialah diabetes. Individu yang menghidap penyakit diabetes akan lebih kerap dan
banyak berpeluh daripada individu yang sihat.
10. Bakteria dan kulat –
Salah satu penyebab masalah bau badan adalah kerana terdapat bakteria di
bahagian permukaan kulit anda. Hal ini boleh terjadi kerana terdapat kelembapan
di ketiak iaitu pada lekukan tubuh anda itu.
11. Fungsi Fisiologi – Masalah bau badan juga boleh berlaku kerana
pengaruh atau kesan daripada fungsi kerja tubuh badan anda. Sebagai contoh,
sebahagian wanita yang sedang datang bulan akan mengeluarkan bau badan yang
tidak menyenangkan. Masalah bau badan ini boleh disebabkan badan anda sedang
menapis racun yang ada dalam badan anda.
Penyelesaian
Bau ketiak atau bau
badan yang melekat pada baju anda adalah disebabkan oleh bau peluh yang kuat
dan tidak menyenangkan. Bau ini akan melekat pada baju anda terutama pada
bahagian ketiak baju anda. Untuk menghilangkan bau ketiak di baju anda, anda
perlulah menghilangkan bau badan anda terlebih dahulu. Berikut merupakan cara
untuk menghilangkan bau badan anda :
1. Ketiak kering – ketiak merupakan pusat atau
bahagian utama tubuh badan kita untuk mengeluarkan peluh. Oleh itu, anda perlu
pastikan ketiak anda sentiasa dalam keadaan kering. Anda juga perlu rutin dalam
mencabut atau mencukur bulu ketiak anda.
2. Daun sirih – Daun sirih berkhasiat sebagai
antiseptic yang mengandungi zat-zat aktif yang mampu menghilangkan bau badan.
Sirih dikenali sebagai bahan untuk menghilangkan bau badan terutama yang
disebabkan oleh bakteria atau kulat. Untuk menghilangkan bau badan, salah satu
caranya adalah dengan merendamkan beberapa helai daun sirih di dalam air panas.
Kemudian, sejukkan air sebelum diminum. Anda juga boleh menambahkan gula putih
secukupnya untuk menambah sedikit rasa. Anda juga boleh menghancurkan daun
sirih dan campurkan bersama kapur dan sapukan ke ketiak anda.
3. Cuka epal – Cuka epal merupakan deodorant
semulajadi yang boleh mengurangkan pH iaitu kadar keasidan pada kulit anda
sehingga membuatkan bau peluh yang tidak enak boleh segera hilang. Anda
disarankan untuk menggunakan sari cuka epal setiap hari untuk menggantikan
deodorant sedia ada yang anda gunakan. Anda hanya perlu memasukkan
cuka epal ke dalam segelas air yang digunakan untuk membilas ketiak selepas
mandi.
4. Mengurangkan Pengambilan Bawang : Bagi anda
yang suka mengambil makanan yang mengandungi banyak bawang, terutamanya bawang
putih. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan dan memakan bawang kerana
ia boleh menyebabkan peluh anda berbau.
5. Limau Nipis : Anda hanya perlu
mengambil perahan limau nipis dan campurkan dengan kapur sirih. Kemudian, anda
boleh menggosok atau menyapukan air campuran limau nipis dan kapur sirih tadi
pada bahagian tubuh yang biasanya menghasilkan peluh seperti ketiak.
6. Baking Soda : Baking soda ialah suatu bahan
yang boleh digunakan untuk membuat kuih. Namun, baking soda boleh digunakan
untuk mengurangkan penghasilan peluh yang berlebihan terutama apabila anda
banyak melakukan aktiviti luar. Anda hanya perlu menaburkan baking soda pada
ketiak dan juga kaki sehingga anda boleh mengurangkan peluh yang selalu keluar
daripada tubuh anda.
7. Timun : Timun merupakan salah satu jenis buah
yang serbaguna dan mempunyai fungsi yang pelbagai. Selain dimakan, timun juga
boleh digunakan untuk pelbagai perawatan kecantikan termasuklah mengatasi
masalah bau badan. Anda hanya perlu mengupas sebiji buah timun yang masih muda,
gosokkan timun tadi ke bahagian badan yang sering mengeluarkan bau. Hal ini
boleh anda lakukan secara rutin selepas mandi.
8. Air Daun Sirih : Minyak atsiri yang terkandung
di dalam daun sirih mempunyai kemampuan untuk membunuh kuman, antioksidan dan
fungisida antikulat. Daun sirih berfungsi menghilangkan bau peluh, bau mulut
dan bau ketiak. Untuk menghilangkan bau-bauan pada pakaian, anda perlu merebus
5 helai daun sirih bersama setengah liter air, kemudian sejukkan. Semburkan,
celupkan atau sapukan pada bahagian pakaian yang berbau dan biarkan seketika.
Selepas baunya hilang, anda boleh lakukan cucian normal.
9. Kapur barus : Benda Padat yang berwarna
keputih-putihan dan beraroma ini disebut sebagai ‘kamfer’ atau ‘champhor’.
Kapur barus juga diperbuat secara sintetis daripada terpentin. Kapur barus
boleh menghilangkan bau hapak di dalam almari pakaian anda. Ia juga boleh
diletakkan di pakaian yang berlipat untuk menghilangkan bau peluh yang melekat
pada baju anda.
KAMI
ADA PENYELESAIANNYA ….CARA PALING MUDAH..
Celebrity
Lass dapat membantu anda dalam masa 3 SAAT supaya menghilangkan bau badan serta
merta dan kekal YAKIN di khalayak ramai,walaupun anda aktif setiap masa dan
walaupun mandi tak sabun.
Hanya PICIT dan GOSOK di
tempat berbau seperti ketiak, kaki dan celahan badan yang berbau dapat hilang
bau tersebut.
✘
ini bukan PERFUME
✘ ini bukan DEODORANT
Celebrity Lass
diformulasikan dengan bahan berkualiti yang 100% selamat dan jaminan pasti anda
PUAS HATI serta halal. Kebaikan ialah ia dapat memastikan anda BEBAS :
✘
Ketiak tak melekit
✘ Baju tiada kesan kekuningan deodarant
✘ Takde dah bau kaki masam sebab pakai
kasut waktu bekerja
✘ Takde dah bau ketiak tengik
✘ Takde dah bau badan yang kuat
semulajadi
✘ Peluh celah kangkang yang rimas
Tak perlu lagi guna
perfume, deodorant. Walaupun badan berpeluh.
LIHAT TESTIMONI DI BAWAH ...
WHATSAPP
0126304654 MARSHAENA UNTUK TEMPAHAN