Muka
putih bersih dan kulit badan mulus namun masih ramai kaum Hawa yang
tidak selesa kerana dibelenggu dengan masalah kesan hitam di ketiak.
Walaupun
kedudukannya sulit dan tersembunyi tetapi kesan gelap ini mencacatkan
penampilan dan membuatkan wanita berasa rendah diri terutama bAagi
golongan yang gemar mengenakan pakaian tidak berlengan.
Wanita yang bertudung tidak terlepas, mereka tetap merasa tempias masalah tersebut.
Bagi yang berstatus isteri pula, pasti berasa malu untuk mempersembahkan diri kepada suami.
Jangan
terkejut jika selera suami tiba-tiba mati sebaik sahaja terpandang
ketiak anda yang ‘berkarat’. Sebelum suami, teman-teman atau keluarga
membuka mulut menegur kecacatan yang mengganggu pandangan mereka, lebih
baik anda bertindak segera.
Bukan
sekadar mencari kaedah rawatan atau penyelesaian tetapi anda juga mesti
mengetahui punca berlakunya masalah ini. Ia akan membantu anda
memahami, mencegah dan mengatasi masalah dengan cara yang tepat. Usah
berlengah lagi, jom cantikkan diri!
Kenal pasti punca ketiak ‘berkarat’
· Deodoran
yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya
masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai
kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah
kulit seperti merengsa dan sebagainya. Sisa deodoran yang tidak
dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria
dan menyebabkan ketika menjadi hitam.
· Ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil.
· Kaedah
bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan
meninggalkan parut. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan
juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi
gelap.
· Selain
itu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal pasti
antara penyebab ketiak menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan baju
membuatkan bahagian ini tidak selesa.
Cara mengatasi
1.
Mandi dengan sempurna dan gunakan sabun khas bagi membantu
menghilangkan kesan gelap. Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli
sebarang produk termasuk sabun.
2. Kenakan pakaian yang longgar dan menyerap peluh. Ia memberi ruang pengudaraan kepada tubuh.
3. Gunakan bedak anti bakteria di bahagian bawah lengan selepas mandi. Bedak ini dikatakan dapat mengurangkan peluh.
4.
Disarankan melakukan rawatan wax berbanding mencukur kerana ia lebih
selamat dan tidak membuatkan kulit di bahagian ketiak gelap.
5. Jika masih memilih kaedah bercukur, pastikan alat cukur bersih dan pisau cukur tidak berkarat.
6. Sental tubuh dengan skrub khas bagi menanggalkan sel mati dan menghilangkan daki serta parut.
7.
Elakkan menyembur minyak wangi di bawah ketiak, perbuatan ini
menggalakkan pembiakan bakteria apabila peluh bercampur dengan pewangi.
8. Pilih deodoran yang mengandungi unsur mineral seperti kristal, ia sesuai untuk golongan berkulit sensitif.
Petua tradisional
Limau + kapur sirih
Perah
sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di
bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air
bersih. Lakukan tiga kali seminggu.
Buah betik
Parut
buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di
ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas
dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan
hasilnya.
Sirih + beras
Kisar
segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun
sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga
sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke
seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian
gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah
dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit
badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan
kesan hitam.
Cara termudah untuk memutihkan ketiak hitam adalah dengan menggunakan celebritylass secara konsisten…
No comments:
Post a Comment