STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN

EJEN DAN STOKIS CLELF DIPERLUKAN

EJEN DIPERLUKAN

WELCOME

Selamat Datang!! sembur sembur sembuh..Inshaa Allah..

Celebrity Lass adalah satu produk yang mampu hilangkan bau badan sepantas 3 saat dan kekal tidak berbau selama 24 jam. marshafarina2@gmail.com

Happy Shoppin.

~(^_^)~

Monday 11 July 2011

DOA KU UNTUK MU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

 kepada semua temanku ,semada yang membenci maupun yang mengenali diriku seadanya aku...............di kesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai selama perkenalan kita aku ada menguris hati sesiapa dan melukakan sesiapa sama ada sedar mahupun tidak...


Jangan mengaku kawan kalau dia jatuh kamu palingkan wajah. Jangan mengaku kawan, kalau dia tersesat kamu membiarkan. Jangan mengaku kawan kalau dia berbuat salah, kamu tidak menegur, sebaliknya mengumpat di belakangnya..

Banyak orang tidak sedar kesalahan sendiri, maka itulah perlunya kawan yang baik, untuk saling melengkapi dan mengasihi. Kerana Allah.

Jangan menunding jari, mencari salah orang dan menyalahkan orang lain sebelum muhasabah diri dan periksa diri sendiri. Jangan menganggap diri terlalu sempurna dan terlepas dari sebarang kemungkinan untuk melakukan kesilapan. Jangan lupa bahawa sesungguhnya kita manusia sukar untuk nampak kesalahan sendiri, malah sebaliknya cenderung untuk nampak kesalahan dan keburukan orang lain. Bak pepatah orang dulu-dulu. Lebih kurang begini bunyinya;

"Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang diteropong."

"Kain sendiri koyak tak perasan, kain orang yang koyak kita nampak."

Rahsia Allah, kita tidak tahu. Perjalanan hidup kita, samada yang telah kita lalui ataupun bakal kita tempuhi, semuanya dalam pengetahuan-Nya. Kita tidak tahu apa-apa. Namun itu bukan alasan untuk kita mudah berputus asa dan menyalahkan takdir. Bukan juga alasan untuk kita berpeluk tubuh dan membiarkan masa terus berlalu begitu sahaja. Kita punyai usaha dan kudrat, akal dan minda, naluri dan perasaan, kehendak dan keinginan. Kita punyai jasad dan tulang empat kerat. Segalanya adalah anugerah dari-Nya. Teruskanlah mara ke hadapan. Berusahalah.Chayok3 .......

Sungguh kita tidak tahu apa yang bakal menanti kita di hadapan. Namun janganlah risau, usah gentar. Allah sentiasa ada bersama kita. Sebelum kita lahir ke bumi, Dia kirimkan Rasul dan Al-Quran untuk membawa cahaya dan menunjukkan jalan yang lurus buat kita.

Dan Dia tidak ciptakan kita sebatang kara. Kita punyai ibu dan ayah. Kita ada abang dan kakak, adik-adik dan saudara mara. Kita punya kawan-kawan. Semua orang perlukan teman. Begitu juga saya perlukan anda semua, kawan-kawan saya.

Seiring dengan peredaran masa. Kawan datang dan pergi. Ada yang sentiasa setia di sisi, namun jumlahnya tidak banyak. Beruntunglah andai kita miliki kawan yang setia itu. Biarpun diperlimbahan sekalipun, cahayanya tetap berkilauan. Tidak kira susah atau senang, dia akan sentiasa bersama. Andai kita terjatuh, dia akan menarik kita ke atas. Andai kita tersesat, dia akan menunjukkan jalan yang betul. Andai kita terbuat silap, dia akan menegur dan memperbaiki kesilapan kita. Dia akan menutup aib kita. Dia akan melindungi kita dari kedukaan. Dia tidak akan memperbesar-besarkan kekurangan kita. Dia tidak akan menyakiti hati kita sewenang-wenangnya. Dia akan sentiasa mendoakan kita. Sentiasa . InsyaAllah

Sebagai manusia yang punyai kekurangan dan kelemahan. Saya juga perlukan kawan untuk terus berdiri teguh. Nobody can live alone. Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan kawan-kawan yang sentiasa setia di sisi, mendoakan dan memberi pendorong untuk diri ini meneruskan kehidupan, biar susah atau senang.



di sini aku jua ingin mengucapkan terima kasih kepada mu teman (pu3 dobi)kerna dirimu sentiasa ada disamping ku disaat aku amat memerlukan.jua buat akak korie dan teman2 dalam Persatuan dobi aku amat bersyukur kerna mengenali diri mu smua....





Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya,  perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

No comments: