STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN

EJEN DAN STOKIS CLELF DIPERLUKAN

EJEN DIPERLUKAN

WELCOME

Selamat Datang!! sembur sembur sembuh..Inshaa Allah..

Celebrity Lass adalah satu produk yang mampu hilangkan bau badan sepantas 3 saat dan kekal tidak berbau selama 24 jam. marshafarina2@gmail.com

Happy Shoppin.

~(^_^)~

Saturday 7 January 2012

Jenis & Fabrik Selendang


 Tidak mamadai sekadar cantik dan tahu menggayakan selendang
Perkara utama yang perlu anda ketahui adalah jenis fabrik selendang yang digayakan. Pemilihan fabrik selendang yang sesuai akan melengkapkapkan penampilan anda daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Pemilihan yang betul juga membuatkan anda lebih selesa dan yakin.

Pemilihan Fabrik
Pemilihan fabrik selendang yang tidak sesuai akan menjejaskan keseimbangan penampilan. Kepala anda akan kelihatan besar dan tidak seimbang dengan bentuk badan. Pentingnya memilih jenis fabrik selendang adalah sama penting seperti anda memilih pakaian. Anda perlu tahu apakah jenis fabric yang sesuai digayakan ?
Jenis fabric ini bergantung kepada tujuan anda memakainya, sama ada untuk ke majlis rasmi atau tidak, ke pejabat atau untuk bersantai. Setiap tujuan ini memerlukan pemilihan fabric yang berlainan. Fabrik yang digunakan untuk selendang adalah jenis yang melekap pada rambut. Antara fabric selendang yang sesuai ialah :
Kapas
Fabrik kapas sangat selesa kerana seratnya lebar, mempunyai pengudaraan di kepala dan dapat mengelakkan daripada sakit kepala terutama apabila cuaca panas. Fabrik ini menyerap peluh, selesa dipakai dan baik untuk kesihatan rambut. Fabrik kapas sangat sesuai bagi anda yang sering melakukan tugasan diluar pejabat. Selain itu, fabric ini juga mudah melekap pada rambut dan menambahkan keyakinan anda untuk menggayakan selendang. Tahan lama,lembut,sejuk,menyerap,selesa dan cantik merupakan antara beberapa kualiti yang dapat diperkatakan mengenai kain kapas yang menjadikannya begitu popular.
Sifon
Sifon merupakan pilihan fabric yang lembut,beralun,dan ringan.Hal ini memberikan keselesaan berpanjangan kerana fabriknya sejuk.Walaupun dililit dua kali pada bahagian kepala,penampilan masih nampak cantik dan kemas kerana fabriknya yang nipis dan ringan. Bagi memastikan selesa ketika menggayakannya, anda digalakkan memakai anak tudung daripada fabric kapas ataupun lycra.Anda juga boleh memilih fabrik sifon yang berat kerana akan tampak jatuh dan cantik apabila dililit.
Jersey 
Fabrik jersey terkenal untuk selendang kerana sifatnya yang memberi keselesaan dan lembut beralun. Fabrik jenis ini sesuai untuk anda yang besar dibahagian atas kerana alunan fabrin ini menyembunyikan bahagian tersembunyi yang enggan didedahkan. Fabrik ini juga memberikan keselesaan kepada pemakainya.
Lycra
Walaupun kelihatan tebal fabric ini mnyerap peluh,malah fabriknya yang berat akan menjadi cantik. Ini menjadikan pemakainya lebih kemas. Tudung lycra tidak perlu digosok kerana fabric ini tahan kedut.

Pilihan Fabrik Selendang Lain
1.Mortada
Tekstur fabriknya adalah berkedut-kedut secara halus,kesat dan mudah pakai. Selendang daripada fabric ini tidak melekap pada dahi, jadi ini memudahkan pemakai untuk membentuknya, tidak sukar untuk menggosok dan mudah dijaga.
2.Georgette
Tektur fabriknya kesat, mudah dipakai dan dibentuk serta senang dijaga. Ia antara fabric yang menjadi pilihan kerana senang dibentuk seperti tudung empat segi.
  
3.Sifon Georgette
Kebanyakkan selendang daripada fabrik ini berwarna polos tanpa corak. Fabrik selendang ini juga lebih ringan,lembut dan mudah dibentuk.
4.Campuran Viscose dan Sutera
Lebih ringan, lembut dan mudah dibentuk.

No comments: