STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN

EJEN DAN STOKIS CLELF DIPERLUKAN

EJEN DIPERLUKAN

WELCOME

Selamat Datang!! sembur sembur sembuh..Inshaa Allah..

Celebrity Lass adalah satu produk yang mampu hilangkan bau badan sepantas 3 saat dan kekal tidak berbau selama 24 jam. marshafarina2@gmail.com

Happy Shoppin.

~(^_^)~

Saturday 19 March 2016

TIPS MENGHILANGKAN BAU KETIAK DI BAJU

MENGHILANGKAN BAU KETIAK DI BAJU



            Ketiak merupakan kawasan bawah lengan atas yang bersambungan dengan bahagian bahu pada kedua-dua bahagian tangan. Ketiak ini kelihatan tersorok, namun masalahnya boleh membimbangkan setiap individu iaitu masalah bau badan dan ketiak. Masalah bau badan sememangnya tidak menyenangkan dan boleh dipengaruhi oleh diet, pemakaian, ubat-ubatan dan pekerjaan.


Penyebab

1.      Asid Propionate -  Asid propionate atau lebih dikenali dengan nama asid propionate yang mengandungi bau masam seperti cuka. Asid jenis propionate ini merupakan hasil uraian keringat  daripada propionibacteria.



2.      Asid Isovalerik – Asid Isovalerik merupakan asid yang dihasilkan oleh bakteria staphyloccus epidermis yang menyebarkan bau badan yang tidak menyenangkan seperti bau keju.



3.      Kelenjar Peluh – Terdapat dua jenis kelenjar peluh yang mendorong kepada masalah bau badan iaitu kelenjar ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin mengeluarkan peluh yang sebahagian besarnya mengandungi air dan garam. Manakala kelenjar apokrin merembeskan perluh yang mengandungi lemak, protein dan karbohidrat.



4.      Alkohol – Sebahagian besar alkohol akan diproses oleh hati, namun hanya sekitar 10% akan dirembeskan melalui peluh, nafas dan urin. Alkohol juga membuatkan anda lebih kerap dan banyak berpeluh. Minuman yang megandungi kafein juga boleh menyebabkan hal yang sama.



5.      Perubahan Hormon – Perubahan hormon biasanya terjadi kepada seseorang ketika memasuki usia remaja terutamanya hormon androgen.



6.      Makanan – Makanan adalah salah satu faktor penyebab munculnya masalah bau badan. Terlalu banyak pengambilan serat boleh menimbulkan bau badan. Makanan pedas juga boleh menjadi penyebab seperti makanan dengan bau lain seperti jering. Anda hendaklah menghindar daripada pengambilan makanan yang menyebabkan bau badan.



7.      Bawang putih – Bawang putih boleh menyumbang kepada bau badan kerana mengandungi allicin dan disenyawakan apabila bawang dipotong atau dihancurkan. Bahan ini juga memiliki aroma yang kuat sehingga menghasilkan gas sulfur yang diserap darah dan dilepaskan melalui pori-pori kulit anda. Keadaan inilah yang menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan.



8.      Daging – Satu kajian di Praha menunjukkan bahawa penggemar daging akan memiliki bau badan yang tidak menyenangkan berbanding penggemar vegetarian. Hal ini kerana sistem pencernaan memerlukan waktu yang agak lama untuk memproses daging. Sekiranya makanan tersebut akan menimbulkan bau busuk di dalam pencernaan. Bau busuk dalam pencernaan juga menyebabkan timbulnya bau badan yang tidak enak.



9.      Penyakit – Penyakit juga boleh menyebabkan masalah bau badan. Salah satu penyakit yang mendatangkan masalah bau badan ialah diabetes. Individu yang menghidap penyakit diabetes akan lebih kerap dan banyak berpeluh daripada individu yang sihat.



10.  Bakteria dan kulat – Salah satu penyebab masalah bau badan adalah kerana terdapat bakteria di bahagian permukaan kulit anda. Hal ini boleh terjadi kerana terdapat kelembapan di ketiak iaitu pada lekukan tubuh anda itu.



11.  Fungsi Fisiologi – Masalah bau badan juga boleh berlaku kerana pengaruh atau kesan daripada fungsi kerja tubuh badan anda. Sebagai contoh, sebahagian wanita yang sedang datang bulan akan mengeluarkan bau badan yang tidak menyenangkan. Masalah bau badan ini boleh disebabkan badan anda sedang menapis racun yang ada dalam badan anda.  



Penyelesaian

Bau ketiak atau bau badan yang melekat pada baju anda adalah disebabkan oleh bau peluh yang kuat dan tidak menyenangkan. Bau ini akan melekat pada baju anda terutama pada bahagian ketiak baju anda. Untuk menghilangkan bau ketiak di baju anda, anda perlulah menghilangkan bau badan anda terlebih dahulu. Berikut merupakan cara untuk menghilangkan bau badan anda :


1.      Ketiak kering – ketiak merupakan pusat atau bahagian utama tubuh badan kita untuk mengeluarkan peluh. Oleh itu, anda perlu pastikan ketiak anda sentiasa dalam keadaan kering. Anda juga perlu rutin dalam mencabut atau mencukur bulu ketiak anda.



2.      Daun sirih – Daun sirih berkhasiat sebagai antiseptic yang mengandungi zat-zat aktif yang mampu menghilangkan bau badan. Sirih dikenali sebagai bahan untuk menghilangkan bau badan terutama yang disebabkan oleh bakteria atau kulat. Untuk menghilangkan bau badan, salah satu caranya adalah dengan merendamkan beberapa helai daun sirih di dalam air panas. Kemudian, sejukkan air sebelum diminum. Anda juga boleh menambahkan gula putih secukupnya untuk menambah sedikit rasa. Anda juga boleh menghancurkan daun sirih dan campurkan bersama kapur dan sapukan ke ketiak anda.



3.      Cuka epal – Cuka epal merupakan deodorant semulajadi yang boleh mengurangkan pH iaitu kadar keasidan pada kulit anda sehingga membuatkan bau peluh yang tidak enak boleh segera hilang. Anda disarankan untuk menggunakan sari cuka epal setiap hari untuk menggantikan deodorant sedia ada yang anda gunakan. Anda hanya  perlu memasukkan cuka epal ke dalam segelas air yang digunakan untuk membilas ketiak selepas mandi.



4.      Mengurangkan Pengambilan Bawang : Bagi anda yang suka mengambil makanan yang mengandungi banyak bawang, terutamanya bawang putih. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan dan memakan bawang kerana ia boleh menyebabkan peluh anda berbau.



5.      Limau Nipis :  Anda hanya perlu mengambil perahan limau nipis dan campurkan dengan kapur sirih. Kemudian, anda boleh menggosok atau menyapukan air campuran limau nipis dan kapur sirih tadi pada bahagian tubuh yang biasanya menghasilkan peluh seperti ketiak.



6.      Baking Soda : Baking soda ialah suatu bahan yang boleh digunakan untuk membuat kuih. Namun, baking soda boleh digunakan untuk mengurangkan penghasilan peluh yang berlebihan terutama apabila anda banyak melakukan aktiviti luar. Anda hanya perlu menaburkan baking soda pada ketiak dan juga kaki sehingga anda boleh mengurangkan peluh yang selalu keluar daripada tubuh anda.



7.      Timun : Timun merupakan salah satu jenis buah yang serbaguna dan mempunyai fungsi yang pelbagai. Selain dimakan, timun juga boleh digunakan untuk pelbagai perawatan kecantikan termasuklah mengatasi masalah bau badan. Anda hanya perlu mengupas sebiji buah timun yang masih muda, gosokkan timun tadi ke bahagian badan yang sering mengeluarkan bau. Hal ini boleh anda lakukan secara rutin selepas mandi.



8.      Air Daun Sirih : Minyak atsiri yang terkandung di dalam daun sirih mempunyai kemampuan untuk membunuh kuman, antioksidan dan fungisida antikulat. Daun sirih berfungsi menghilangkan bau peluh, bau mulut dan bau ketiak. Untuk menghilangkan bau-bauan pada pakaian, anda perlu merebus 5 helai daun sirih bersama setengah liter air, kemudian sejukkan. Semburkan, celupkan atau sapukan pada bahagian pakaian yang berbau dan biarkan seketika. Selepas baunya hilang, anda boleh lakukan cucian normal.



9.      Kapur barus : Benda Padat yang berwarna keputih-putihan dan beraroma ini disebut sebagai ‘kamfer’ atau ‘champhor’. Kapur barus juga diperbuat secara sintetis daripada terpentin. Kapur barus boleh menghilangkan bau hapak di dalam almari pakaian anda. Ia juga boleh diletakkan di pakaian yang berlipat untuk menghilangkan bau peluh yang melekat pada baju anda.


KAMI ADA PENYELESAIANNYA ….CARA PALING MUDAH..


Celebrity Lass dapat membantu anda dalam masa 3 SAAT supaya menghilangkan bau badan serta merta dan kekal YAKIN di khalayak ramai,walaupun anda aktif setiap masa dan walaupun mandi tak sabun.
Hanya PICIT dan GOSOK di tempat berbau seperti ketiak, kaki dan celahan badan yang berbau dapat hilang bau tersebut.
ini bukan PERFUME
ini bukan DEODORANT

Celebrity Lass diformulasikan dengan bahan berkualiti yang 100% selamat dan jaminan pasti anda PUAS HATI serta halal. Kebaikan ialah ia dapat memastikan anda BEBAS :
Ketiak tak melekit
Baju tiada kesan kekuningan deodarant
Takde dah bau kaki masam sebab pakai kasut waktu bekerja
Takde dah bau ketiak tengik
Takde dah bau badan yang kuat semulajadi
Peluh celah kangkang yang rimas

Tak perlu lagi guna perfume, deodorant. Walaupun badan berpeluh.

 LIHAT TESTIMONI DI BAWAH ...

WHATSAPP 
0126304654 MARSHAENA UNTUK TEMPAHAN






No comments: