EJEN DAN STOKIS DIPERLUKAN

STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN

WELCOME

Selamat Datang!! sembur sembur sembuh..Inshaa Allah..

Celebrity Lass adalah satu produk yang mampu hilangkan bau badan sepantas 3 saat dan kekal tidak berbau selama 24 jam. marshafarina2@gmail.com

Happy Shoppin.

~(^_^)~

Wednesday, 3 October 2012

Koleksi Petua Untuk Pakaian

Koleksi Petua Untuk Pakaian

1. Agar Cucian Lebih Berkesan - Untuk mendapatkan cucian yang lebih berkesan disamping mengurangkan penggunaan sabun, rendamkan dahulu pakaian atau fabrik ke dalam air garam, sebelum dicuci dengan sabun biasa. M
anfaat air garam itu ialah untuk melonggarkan kotoran supaya mudah dicuci.


2. Agar Pakaian Tidak Mudah Luntur - Kadang-kadang pakaian baru yang berwarna-warni akan luntur warnanya pada basuhan pertama. Untuk mencegahnya rendamkan dahulu dalam air kelapa selama satu hari.


3. Menghilangkan Kotoran Degil - Biasanya kita menggunakan peluntur untuk hilangkan kotoran degil, tetapi kalau tersilap langkah boleh merosakkan warna pakaian dan menjadikannya bertompok-tompok putih kehilangan warna. Sebagai alternatif, campurkan cuka dengan tepung penaik (baking soda) dan lumurkan pada bahagian pakaian. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci.

No comments: