EJEN DAN STOKIS DIPERLUKAN

STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN

WELCOME

Selamat Datang!! sembur sembur sembuh..Inshaa Allah..

Celebrity Lass adalah satu produk yang mampu hilangkan bau badan sepantas 3 saat dan kekal tidak berbau selama 24 jam. marshafarina2@gmail.com

Happy Shoppin.

~(^_^)~

Thursday, 21 February 2013

Ikan Bakar Portugis VERSI PEMANGGANG AJAIB

Nak resepi Ikan Bakar Portugis ni?
Source : Chef Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan pari tuka (bersaiz 7 inci setiap seekor)
3 helai daun limau purut
4 camca besar cili kisar
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit minyak bawang putih (5 ulas bawang putih, cincang halus, goreng dalam 1/2 cawan minyak, tapis dan boleh gunakan)
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar jus asam jawa
Daun pisang secukupnya, layur atas api supaya lembut

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris
3 biji buah keras
1/2 cm hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
1) Ikan dikerat dua setiap seekor, cuci bersih, buang insangnya dan perap dengan limau kasturi dan sedikit garam. Ketepikan dan sementara itu kita buat sambal.
2) Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
3) Ikan pari dicuci kembali hingga bersih. Kemudian toskan. Ambil 2 helai daun pisang. Sapu sedikit sambal atasnya, letak sekeping ikan pari, sapu sambal atas ikan pari tadi dan tabur sedikit hirisan bung kantan. Letak lagi sekeping, sapu sambal dan tabur lagi hirisan bunga kantan. Bungkus ikan tadi dan kemaskan. Buat kaedah sama dengan baki ikan, sambal dan bahan2 lain.
4) Kemudian bakar dalam oven hingga masak, atau atas api bara. Mat guna pemanggang ajaib dan setiap bahagian dimasak selama 10 minit. Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi

Kutu tabungan rm50 sebulan.cash 32cm rm140(n/p rm149.90) free buku resepi...
BERMINAT NAK JOIN??? whatsapp n sms saya : 0126304654 /email ke marshaena@yahoo.com ♥



No comments: