STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN

EJEN DAN STOKIS CLELF DIPERLUKAN

EJEN DIPERLUKAN

WELCOME

Selamat Datang!! sembur sembur sembuh..Inshaa Allah..

Celebrity Lass adalah satu produk yang mampu hilangkan bau badan sepantas 3 saat dan kekal tidak berbau selama 24 jam. marshafarina2@gmail.com

Happy Shoppin.

~(^_^)~

Wednesday 6 November 2013

Resepi waffle/wafer


Resepi waffle/wafer

Bahan-bahan untuk 2-3 orang makan :

12 sudu besar tepung gandum (i bubuh penuh-penuh satu sudu besar macam bukit)
2 sudu kecil yis kering (i guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang i bagitau tadi)
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega yang dicairkan (i suka brand Buttercup)
1 cawan susu segar dalam suhu bilik (i suka brand Dutch Lady Full Cream Milk)
1 biji telur dalam suhu bilik. Nak cepat kurangkan kesejukkan telur tu, korang rendam dalam air panas seketika
1 sudu besar esen vanila (i tak letak pun sebab takde. Hehe)
Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)

Cara-caranya :

1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk (apa itu whisk? Korang boleh tengok dekat gambar bawah ni). Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. Macam i sendiri, i letak 1/2 cawan air panas/suam je dan i tambah sikit-sikit bila tengok adunan still lagik pekat.

2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang nyanyilah lagu, eh, panaskanlah wafer pan tu.

3. Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)

5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi i nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.

7. Hidangkanlah waffle korang dengan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. Woww!! Sedapkan?? Akhir kata, selamat menjamu selera korang

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle korang dah masaklah tu.

petikan dari Reena Blog.



Wafer Pan areikan.. RM138.60


poslaju 15 sm ..25 ss

order: wasp/wechat/sms 0126304654
Email :marshafarina2@gmail.com

** view album utk resepi waffle yg lazat itu




KUTU rm50 sebulan dibuka untuk WAFFLE MAKER ini ya


tgglkan komen jika berminat.

3 org 1group. stock byk :)


No comments: