EJEN DAN STOKIS DIPERLUKAN

STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN

WELCOME

Selamat Datang!! sembur sembur sembuh..Inshaa Allah..

Celebrity Lass adalah satu produk yang mampu hilangkan bau badan sepantas 3 saat dan kekal tidak berbau selama 24 jam. marshafarina2@gmail.com

Happy Shoppin.

~(^_^)~

Thursday, 14 March 2013

RESEPI ROTI JOHN VERSI PEMANGGANG AJAIB

RESEPI ROTI JOHN VERSI PEMANGGANG AJAIB


Bahan-Bahan Membuat Roti John :

200g daging cincang

1 biji roti perancis yang sederhana panjang

6 biji telur

2 biji bawang merah (dihiris halus)

1 biji lada merah (dihiris halus)

1 biji lada hijau (dihiris halus)

1 pokok daun ketumbar (dihiris halus)

sedikit lada hitam dan garam (secukup rasa)


Cara-Cara :

1. Gaul daging cincang dengan sedikit lada hitam dan garam. Ketepikan

2. Pukul telur, masukkan daging cincang, hirisan bawang besar, lada merah dan hijau serta daun ketumbar. Gaul rata

3. Roti dibelah dua

4. Titiskan sedikit minyak zaitun atau mentega di atas pemanggang ajaib. Curahkan adunan telur dan daging cincang kemudian tekapkan roti yang dibelah tadi.

5. Goreng sehingga masak. Letakkan sos dan lipat roti john sebelum dihidangkan.



Tips : Untuk menghasilkan Roti John yang sedikit berbeza, gaulkan adunan telur dan daging dengan sedikit parutan keju mozarella sebelum digoreng.
 

No comments: