Makanan Untuk Menurunkan Kolesterol
1. SOYA - Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk
mendapatkan soya. Ia boleh menghidarkan penyakit jantung dan kencing
manis. Kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI - Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang
rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL, sekaligus
menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti
dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta
mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING - Limau kering paling
banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan
lemak LDL dan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid
juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL - Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup
untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam
badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan
epal dan meminum jusnya, boleh mengimbangkan kandungan zat dan mencegah
berlakunya lemak dalam badan.
5. IKAN TUNA - Ianya termasuk
sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar
kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH - Kacang tanah yang dipanggang
mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang
radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari
tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA – Mangga
mengandungi Vitamin C seperti juga belimbing, kedondong, betik,
rambutan, strawberi dan kiwi. Ia berupaya mencegah kolestrol LDL dalam
tubuh.
8. KISMIS - Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan
kolestrol. Jika anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap
hari, ia boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
9. OAT - Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam
darah. Serat mudah larut dalam oat dan mengurangkan risiko penyakit
jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol
anda.
10. JAMBU BATU - Ia mampu menurunkan paras kolestrol
dalam badan. Anda disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah
mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh.
Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama 4
minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan
diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment