EJEN DAN STOKIS DIPERLUKAN

STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN

WELCOME

Selamat Datang!! sembur sembur sembuh..Inshaa Allah..

Celebrity Lass adalah satu produk yang mampu hilangkan bau badan sepantas 3 saat dan kekal tidak berbau selama 24 jam. marshafarina2@gmail.com

Happy Shoppin.

~(^_^)~

Sunday, 20 January 2013

IKAN MERAH ASAM PEDAS DAUN PISANG

Mari masak ala Masterchef! Resepi ini dipetik dari majalah RASA

IKAN MERAH ASAM PEDAS DAUN PISANG


BAHAN-BAHAN:

180gm ikan merah, dicuci dan ditoskan
5 biji bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
1 batang serai, dikisar
5cm halia, dikisar
150gm cili giling
20gm udang kering
20ml air asam jawa
Daun kesum secukupnya
120gm kacang bendi, dipotong serong
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus
Kertas aluminium untuk membungkus
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Kacau rata dan masukkan cili giling, udang kering dan air. Biarkan merenih seketika.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum dan perasakan. 3. Angkat apabila kuah menjadi sedikit kering.
4. Seterusnya, letakkan daun pisang di dalam kertas aluminium. Kemudian letakkan ikan merah berserta kuah asam pedas di dalamnya.
5. Akhir sekali, letakkan kacang bendi dan tutup kertas aluminium. Masak di dalam pemanggang ajaib selama 10 minit setiap bahagian. Sedia dinikmati.

No comments: